Monday, August 23, 2010

PENGENALAN

Perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum.Perubatan ini berbeza daripada perubatan Barat kerana perubatan tradisional lebih banyak menggunakan bahan semulajadi sebagai ubat.Perubatan tradisional digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu kaum tertentu.Kini,perubatan tradisonal hanya lebih diterima di kawasan luar bandar sahaja(kerana kaitannya dengan budaya dan kepercayaan).Jenis ubat tradisional yang biasanya terdapat di Malaysia adalah ubat tradisional Melayu,Cina,India,dan Iban.



LOW CHOON HOE
204654

RAWATAN KAUM MELAYU

PERBOMOHAN
Perbomohan merupakan upacara yang dijalankan oleh Tok Bomoh.Tok Bomoh ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya.Tok Bomoh juga dikenali sebagai Tok Pawang dan dukun.Dalam upacara perbomohan,Tok Bomoh menggunakan mantera dan jampi yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka.Tok Bomoh biasanya mengubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib misalnya santau,histeria dan rasukan hantu.




DG.FAIZNUR BT ABD.RAHMAN
196037

RAWATAN KAUM CINA


Akupunktur merupakan sejenis rawatan traditional yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan
jarum halus pada tubuh badan. Rawatan akupunktur bukan sahaja dapat mencegah penyakit, ia tidak memberi kesan sampingan melalui rawatan ini. Selain itu, rawatan akupunktur diluluskan oleh WHO sebagai rawatan traditional yang terbaik pada tahun 2003.


Bekam merupakan satu teknik meningkatkan aliran darah dengan menggunakan bekas gelas untuk tujuan rawatan. Sebuah bekas gelas lutsinar, dengan bibir yang bulat, tebal, dan halus diperlukan dalam rawatan tersebut.



WONG WEE LU
205005

RAWATAN KAUM INDIA

Ayurveda merupakan salah satu seni perubatan tradisi yang Tertua di dunia. Ayurveda ini adalah berasal daripada kitab veda iaitu Rig Veda yang mempunyai maklumat perubatan yang menggunakan ubatan hijau dalam rawatan.

Ayurveda merupakan perubatan tradisi yang mempunyai motif makro dimana mengambil insiatif secara semulajadi. Ayurveda mengambil berat tentang fizikal badan, mental dan emosi. Ketidakseimbangan antara ketiga-tiga ini boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit serta ketidaksempurnaan dalam kehidupan.

Meditasi dan Yoga merupakan teknik dalam ayurveda yang digunakan untuk ketenteraman fikiran dan seimbangkan badan. Manakala Maharishi Ayurveda merupakan elemen dalam ayurveda yang memberi maklumat tentang perubatan semulajadi yang menggunakan tumbuh-tumbuhan .


CONNIELEA EV JUSLEY
126894

RAWATAN KAUM IBAN

Kaum Iban percaya bahawa manusia mempunyai semangat (roh) dan Ayu . Roh tinggal dalam tubuh manusia dan Ayu merupakan tumbuhan yang tumbuh di Sebayan , serentak dengan kelahiran seseorang.

Apabila seseorang itu sakit , maka Ayunya dipercayai tidak subur . Manang (bomoh) akan dipanggil untuk mengubatinya dan upacara pekan bertapis akan diadakan , iaitu manang akan membersihkan kawasan sekitar Ayu .Kaum Iban percaya bahawa setiap penyakit adalah disebabkan oleh roh jahat. Manang juga dipercayai boleh menangkap roh orang yang sakit dan mengembalikan kepada mereka . Disebabkan manang penting dalam tradisi perubatan kaum Iban, maka pengetahuan dan penggunaan tumbuhan sebagai ubatan agak kurang.



ANG KHEAN CHUN
195852

SUMBER PERUBATAN DARIPADA TUMBUHAN

MENGKUDU :
Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia Linn mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Buah mengkudu : Apabila direbus boleh dimakan atau diminum bagi membersihkan darah dan dapat mengawal penyakit kencing manis serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
Daun mengkudu : Didemah dan dilayur pada dada dan perut untruk mengubati demam dan sakit dalam perut.
Pucuk mengkudu: Dimakan sebagai ulam untuk menambah selera serta mengubati cirit-birit, penyakit taun dan sakit kepala.
Akar mengkudu : Direbus dan diminum sebagai ubat cacing.

POKOK KADUK :
Pokok kaduk atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum Roxb mempunyai khasiat yang tersendiri untuk merawat penyakit.

Akar Kaduk: Akar pokok kaduk direbus untuk diminum bagi melawaskan proses pembuangan pembuangan air kencing.
Daun Kaduk : Daun pokok kaduk pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara
meminum air rebusannya.



 

NURZARINI BT MOHD AL-BAKRY
207041

Sunday, August 22, 2010

SUMBER PERUBATAN DARIPADA HAIWAN

GAMAT :

Gamat atau lebih dikenali dengan Timun Laut merupakan spesies laut yang mujarab sebagai penyembuh penyakit.
Gamat dapat merawat penyakit asma,tekanan darah tinggi, dan lemah otot.
Air gamat juga mampu meningkatkan ketahanan imuniti badan.

LINTAH :
Lintah adalah sejenis binatang yang boleh diklasifasikan sebagai sumer rawatan tradisional bagi merawat penyakit-penyakit tertentu pada masa kini.

Empat ekor lintah dilepaskan di atas muka pesakit. Lintah akan merayap-rayap mencari lokasi yang berdarah kotor dan apabila ditemui, lintah akan terus melekap dan menghisap seperti vakum. Lintah tersebut akan mengeluarkan sejenis lendir yang berguna bagi mencairkan darah beku.
Antara jenis penyakit yang pernah diubatinya menggunakan lintah ialah kencing manis yang telah bernanah, sakit kepala, migrain, gout, darah beku yang tidak keluar, darah tinggi, kanser, resdung, sakit sendi dan sebagainya.



NURUL SHUHADA ALIAS
204845

KESAN POSITIF PERUBATAN TRADISIONAL

1. Penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib,misalnya santau,histeria atau rasukan hantu. Dari segi pandangan sains tidak dapat memberikan penerangan bagi menjelaskan penyakit ini dan gagal mengubati jenis penyakit ini. Namun, perubatan tradisonal dapat menyelesaikan masalah ini.

2. Ubat-ubat moden selalunya bersifat sementara dan bertindak untuk melegakan rasa sakit sahaja . Manakala ubat tradisional dari tumbuhan-tumbuhan herba bertindak ke atas punca penyakit dan seterusnya menjadi penyembuh penyakit.

3. Ubat-ubat tradisional dianggap lebih baik dan selamat kerana ramuannya yang asli dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan.

4. Faktor harga merupakan salah satu sebab orang ramai memilih perubatan tradisional. Ubat-ubatan moden adalah mahal berbandingan dengan ubat-ubatan tradisional.


KOW HONG KIT
204653

KESAN NEGATIF PERUBATAN TRADISIONAL

 1. Kerosakan urat saraf dan jangkitan akibat rawatan akupuntur disebabkan kecuaian pengamal.

2. Alergi dan keracunan kerana sesetengah herba dan bahan tidak diproses sepenuhnya.Contohnya bahan akonit dalam perubatan herba cina.

3. Kekurangan piawaian kerana kekurangan latihan dan pengalaman tabib.

4. Toksin dan pencemar suatu perubatan digelar Fufang Luhui Jiaonang dialihkan dari almari-almari kedai dan farmasi di UK pada Julai 2004 kerana didapati mengandungi 11-13% merkuri.

5. Kerosakan organ badan.Tunas bunga raflesia sebagai penawar memberi kesan serius terhadap hati,limpa,dan mengecutkan rahim wanita.


NORAINIAIDA BT MAT YAACOB
204952





LANGKAH-LANGKAH MENGEMBANGKAN PERUBATAN TRADISIONAL

1.Pihak kerajaan perlu meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan mengkaji kegunaan dan kepentingan ubat tradisional dan menjalankan penyelidikan ke atas pembiakan baka tumbuhan ubatan.

2.Penggunaan teknologi perlu ditingkatkan untuk meningkatkan produktiviti dalam kuantiti dan kualiti.

3.Kualiti perubatan tradisional perlu memenuhi piawai(ISO) dan bermutu supaya dapat dipasarkan ke dalam pasaran dalaman dan luar negara.


4.Pihak kerajaan perlu mempaten bahan hasilan intelek supaya ubat tradisional dilindungi dan sukar ditiru oleh pengusaha lain serta memberi keyakinan kepada pengguna dan pengedar.



LIM SU KING
204942