Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia Linn mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.
Buah mengkudu : Apabila direbus boleh dimakan atau diminum bagi membersihkan darah dan dapat mengawal penyakit kencing manis serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
Daun mengkudu : Didemah dan dilayur pada dada dan perut untruk mengubati demam dan sakit dalam perut.
Pucuk mengkudu: Dimakan sebagai ulam untuk menambah selera serta mengubati cirit-birit, penyakit taun dan sakit kepala.
Akar mengkudu : Direbus dan diminum sebagai ubat cacing.
POKOK KADUK :
Pokok kaduk atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum Roxb mempunyai khasiat yang tersendiri untuk merawat penyakit.
Akar Kaduk: Akar pokok kaduk direbus untuk diminum bagi melawaskan proses pembuangan pembuangan air kencing.
Daun Kaduk : Daun pokok kaduk pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara
meminum air rebusannya.
NURZARINI BT MOHD AL-BAKRY
207041


Sumber alam memang penuh dengan tumbuhan yang berguna tidak sahaja dari segi perubatan tradisional sahaja malah mempunyai banyak kegunaan lain.
ReplyDeleteCHEE LEE YANG 204997
Saya mengetahui banyak tumbuhan yang berguna daripada blog ini, saya harap banyak lagi maklumat boleh dikongsi bersama.
ReplyDeleteJackson Lew 127017
kalau ada gambar lebih bagus...tapi juga dapat mengetahui apa tumbuhan dapat mengubat sebahagian penyakit yang ringan.
ReplyDeleteCHAN KIT YAN
204911
kita perlu melindungi tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan perubatan.
ReplyDeletebanyaknya fungsi mengkudu..
ReplyDelete